Followers

Sunday 5 August 2012

Perkara Perlu Tahu…

…..Semasa Berpantang Wanita Melayu…(nak tahu?)


Salam Jelitawans,
To move the life like a career woman is not that easy. Not easy like a pea. We need to juggle and make balance the ball of being a mom, wife, blogger and an employee. Hectic!! But I am trying my best to update this blog. So that my knowledge sharing could be distributed to those in need.

Selepas melahirkan anak kedua, yang menjaga ketika berpantang ialah suami. Tanpanya pasti saya tidak dapat menjalankan rutin berpantang yang ketat walaupun saya sudah melonggarkannya dengan adaptasi idea moden. Suami saya sentiasa memberikan semangat dan tekanan agar saya pulih semula..(pulih kesihatan..pulih bentuk badan..pulih semangat...) pulih in the big context, boleh kembali memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Seperti dijanjikan, saya pastinya mahu berkongsi petua dan amalan tradisi yang saya amalkan ketika berpantang. Tetapi, sebelum saya menggariskan jadual saya seharian ketika berpantang, saya mahu menggariskan perkara penting yang harus dijaga oleh wanita berpantang dari pelbagai sudut..Pastinya membantu.

Bila Perlu Mula Makan Jamu?
Seelok-eloknya, mengikut petua lama, ibu hendaklah mula makan jamu setelah pusat bayi tanggal. Normalnya, pusat bayi akan tanggal dari hari ke-5 hingga ke-7. Tetapi ada beberapa produk jamu yang mengesyorkan mula mengambil selepas hari ke-3. Penerangannya, jangan ambil terlalu awal. Kita berpendapat, lagi cepat kita bermula, lagi cepat kita pulih. Tetapi anda perlu tahu, salah satu fungsi jamu ialah memanaskan badan akibat suhu badan yang jatuh tiba-tiba setelah melahirkan bayi anda. Kandungan jamu boleh dengan cepat menyejatkan darah nifas yang sepatutnya dibiarkan keluar sebanyak mungkin bagi membersihkan rahim. Saya sendiri, bermula pada hari ke-7.

Bagaimana Penjagaan Rambut Ketika Berpantang?
Rambut mestilah dibasuh setiap hari kerana jamu yang panas boleh menyebabkan rabun. Tetapi mestilah cepat mengeringkannya agar kesejukan tidak menyebabkan angin masuk jua. Saya mandi dua kali sehari, tetapi membasahkan kepala hanya untuk mandian pada waktu petang. Kemudian, rambut perlu diikat tegang supaya angin tidak masuk melalui kepala dan menyebabkan pening. Caranya, tarik rambut ke kedudukan ’ponytail’. Tegangkan rambut yang tumbuh di atas leher, tarik ke atas dan tegangkan semua bahagian, ikat atau sanggul. (Bukan tarik dan tegangkan rambut yang tumbuh berdekatan anak rambut dan dahi...boleh sulah mak non..)

Sebaik-baik mandi untuk Wanita Berpantang?
Sebaik-baiknya, mandi air rebusan daun2 herba yang bersuhu suam setiap kali. Ada yang malas, hanya melakukannya selama 2 minggu pertama. (Tiada salah jika memang musim panas). Berpeluh juga jika mandi suam tetapi cuaca diluar menyebabkan suhu di dalam rumah seperti oven. Ingat, wanita zaman dahulu berpantang dengan cuaca sejuk mencengkam. Pada ketika itu tiada istila La Nina atau El Nino. Tiada pemanasan global... Bagi saya, saya gembira mandi suam penuh 45 hari kerana 24jam saya tidur dalam bilik berhawa dingin. Tetapi, saya sendiri tidak menggunakan daun2 herba. Saya hanya menabur halba dan habbatussawda ke dalam mandian. Halba berfungsi mengentalkan tubuh manakala habbatussawda, fungsinya untuk menyembuhkan. Sentiasa bertawakkal kepada Allah agar kesihatan dipulihkan. Ameen..

Bagaimana Duduk Wanita Berpantang?
Bagi yang melahirkan secara normal @ lahir czer tetapi sudah merasa sakit normal (anak sudah keluar separuh melalui jalan normal), perlulah duduk sentiasa bersimpuh dan rapatkan paha agar tulang pinggul tidak kembang. Jika tidak, pastinya seluar jeans lama anda tidak boleh di pakai lagi..tsk!! Bagi yang merancang czer, duduklah bagaimana anda mahu duduk, kedudukan tulang pinggul dan pinggul kelahiran czer tidak terganggu kerana tiada bukaan tulang pinggul terjadi.



Berjalan? boleh,..Tetapi...
Pastikan bahagian paha ke lutut sentiasa rapat (pada yang normal) agar jahitan episiotomi tidak terbuka. Sentiasa mengenakan indoor shoes, socks dan melumuri kaki anda dengan minyak herba sebelum berjalan. Bukan sahaja orang melayu yakin angin mudah masuk melalui kaki, tetapi kaum cina juga memandang berat pantang larang ini. Orang cina sangat percaya, angin sangat mudah masuk melalui kaki. Dan jangan berjalan dengan terlalu laju, pastikan juga ibu jari kaki di jaga dari menendang sesuatu atau dibiarkan dipijak oleh orang lain kerana boleh menyebabkan bentan urat peranakan.




**Saya menggunakan selipar biasa, bukan yang berbulu-bulu dan mudah basah. 


Kedudukan Tidur/ Baring Wanita Berpantang
Undang-undang pertamanya, mesti memastikan kepala lebih tinggi dari kaki, kerana itu, wanita berpantang dimestikan baring dengan bantal tinggi, ini supaya darah merian tidak naik ke kepala. Wanita berpantang normal mesti memastikan tidur dalam keadaan tegak lurus dan tidak boleh mengiring atau terlentang dengan kaki/betis berlapik bantal. Mestilah flat posisinya pada bahagian kaki. Mengikut pengetahuan tradisi turun –temurun, kita tidak boleh mengiring atau baring senget agar kedudukan ’batu merian’ balik ke tempat asal.

Dalam kebanyakan blog lain, saya membaca mereka mengatakan baring lurus tujuannya agar kedudukan rahim balik ke asal, bagi saya sebenarnya tidak. Kedudukan rahim boleh diperbetul dengan cara urutan. (Biasa sahaja jika hatta anak dara asyik bermain bola jaring melompat sana sini, rahim turun kedudukannya, urutan boleh membantu...bukan?) Jadi, saya lebih percaya ilmu turun-temurun nenek moyang dalam hal ini walaupun sains mungkin tidak boleh menerangkannya. Saya sendiri tidak berapa jelas apa itu batu merian, tetapi jika anda beruntung berjumpa dengan makcik urut yang berpengetahuan tentang ini, tanya kepadanya jenis batu merian anda.

Batu merian ini dikatakan terusik akibat aktiviti proses teran meneran semasa melahirkan. Jadi bagi yang melahirkan secara czer, kedudukan batu merian tidak lari. Soon I will elaborate more on the type of Batu Merian, including mine. Alhamdulillah makcik urut saya berpengetahuan tentang ini. (Jika anda tinggal di sekitar Ipoh dan Batu Gajah, berminat? Hubungi saya di sini, saya boleh redirect anda kepada Makcik urut tersebut (berusia akhir 50-an tetapi kelihatan dlm mid 40-an orangnya).

Apa pantang larang ketika Tidur?
Jangan sekali-kali tidur dengan meletakkan tangan di bahagian bantal atas kepala. Posisi ini boleh menyebabkan anda mengalami bengkak payudara. Sangat sakit..tapi jika semasa tidur tidak sengaja bertukar ke kedudukan tersebut dan anda dapat bengkak payudara, rendamkan kain (seperti napkin baby) ke dalam air suam, dan dapkan ke payudara agar ia semakin lembut. Susukan bayi anda secepat mungkin.

Adab ketika makan...
Yang pelik tetapi saya tetap ikutkan, isikan nasi panas penuh sepinggan. Agar anda makan dan kenyang sekali hadap. Wanita berpantang tidak sepatutnya menambah nasi ke pinggan. Mengapa? Saya juga tidak tahu, sebab tu saya kata ia ’PELIK’..huhu. Jangan juga makan bersulam air.

Dan yang terakhir, jangan banyak membaca ketika berpantang, ia boleh mengakibatkan rabun. Ini saya kurang pasti kerana saya tiada penjelasan saintifik. Tetapi saya memang mengurangkan membaca ketika berpantang....(saya penakut dan sangat berdisiplin ketika pantang).


Kerana itu, saya sudah menyiapkan nota kaki kecil (sebesar tapak tangan) sebagai rujukan pendek yang mencatatkan pantang larang utama ini beserta cara-cara setiap step berpantang...dari cara membuat air mandian, cara bertungku, cara berlulur, bercebuk dan segalanya. (Jika anda membeli set bersalin adunan saya, saya akan sertakan nota kaki ini...ops..saya tidak pernah bercerita lagi tentang produk tersebut..insyallah apabila saya bersedia mempromosikannya. Buat masa ini, kawan-kawan di tempat kerja yang membeli dengan saya, online trade saya masih baru hendak bermula memandangkan permintaan kawan-kawan yang tinggi vs kekangan stok.)



**Nota kaki ini pun satu tips untuk mengurangkan pembacaan tanpa melupakan kaedah berpantang yang betul kerana anda boleh merujuknya pada bila-bila masa..(lagi2 ibu muda yang tidak pernah berpantang..lupa step dan petua..kita memerlukan panduan)


Bila saya kata adaptasi gaya moden dan tradisi, bukan bermakna saya skip beberapa proses berpantang, tetapi, saya cuma tukar bahan2 yang digunakan untuk memudahkan lagi dan mempercepatkan lagi pemulihan.

Pada tarikh hari ini, saya baru lepas mengukur saiz pinggang...24 inches!!! Glad!! Belum pun 100 hari!!  Anda mahu juga? Nanti saya kongsikan petuanya..Stay tuned with moLEc.

Tuesday 31 July 2012

Nowena After Confinement


Salam Jelitawans,
To be exact, saya sebenarnya dalam hari ke 88 selepas berpantang. Masih lagi sangat baru rasanya bau-bauan herba. Wangiannya masih lagi melekat harum di kulit. Berpantang kali ini merupakan kali kedua. Saya sudah punyai dua cahayamata penyeri hidup. Seorang perempuan dan yang terbaru, a baby boy. As a proud mother, I would like to intro you guys my eyes’ candy, Mya, 3 and Kyle, 88 days.

Tidak dinafikan, dengan wajah ala-ala Korean looks (sometimes Mya’s aunts call her ‘Jepun’ or budak Korea ..or least, Amoi) Mya selalu menjadi perhatian ramai ketika berada di public. Disamping personaliti dirinya yang ceria dan pemalu, semua orang sukakan kanak-kanak yang begitu. Sepanjang membesarkan Mya, ketika membawanya shopping atau bersiar-siar, ramai yang tidak menjangka saya ialah ibunya walaupun kami mempunyai iras wajah yang sama.

Pernah sekali saya bermain-main dengan Mya di sebuah bank sambil menunggu ayahnya berurusan, seorang lelaki India mendekati kami, die bermain-main dengan Mya kemudian bertanya kepada saya, “So cute this little girl, where’s the mother?” nadanya lebih kepada bimbang, mengapa kanak-kanak tersebut di biar bersendirian dengan ‘orang asing’. Mula-mula saya terdiam sebab saya fikir lelaki itu mahu bergurau dengan saya. Saya senyum sahaja. Tetapi die mengulangi soalannya maka saya terus menjawab “I am the one..”. Lelaki itu kemudian membuat reaksi wajah tidak percaya sebelum berlalu selepas tersenyum malu…

Banyak lagi pengalaman lain yang sama situasinya berlaku antara saya dan Mya. Selain dari itu, teman2 di office baru saya sehingga sebelum saya hamil kali ke2  berangganggapan yang saya dan suami was a dating couple (belum berkahwin). (Saya dan suami bekerja dalam satu company..kami baru berpindah 1 tahun lalu). Saya yakin situasi yang saya hadapi itu berlaku kerana rutin berpantang adunan tradisi melayu dan moden yang saya amalkan membuatkan orang berfikir yang saya masih seorang gadis lepasan ijazah yang baru hendak mula berkerjaya. (Diakui oleh kakak2 di ofis).

Hamil kali kedua baru-baru ini, berat badan saya memuncak ke angka 83kg. The facts that the kilos are hiking like crazy was a common thing as my first pregnancy, I ended up to just 75kg. 83 and 75? You won’t amazed until I said this, my pre-pregnancy weight was originally at 54kg with height 161cm so my BMI was at par..just nice!

So back count…the hike was more than 20kg for first preggy. While the second pregnancy, weight was hiking almost up to 30kg. Just imagine….Imagine apa? Imagine bagaimana saya menurunkan berat badan dan balik kepada bentuk tubuh asal elok selepas habis berpantang dan pulang ke tempat kerja? Saya sudah boleh mengenakan semula kebaya lagenda saya…huhuhu ^_^.

Terus terang saya katakan, as ones with beauty freak mindset, I was reluctant to capture the picture of mine during pregnancy. Saya juga x pernah merenung tubuh lama2 di cermin ketika preggy. Saya cuma tahu, berat badan semakin meningkat, so if you asked the proof of my obes look, I must say I have no picture. But I have my pregnancy book (buku merah) as an attestation. I was referring to government hospital halfway before switchs to private hospital the last 3 months before delivery.

Apabila pulang bekerja, my workmates all amazed of how slim I was compare to my obes pregnancy look. Mereka sangka saya tidak akan dapat mengenakan hatta baju kurung lama. Yang baru mengenali saya ketika preggy (tidak pernah nampak saya ketika sebelum mengandung) pula memberi komen, “eh, kecil molek kamu sebenarnya!!??” …Kerana saya sendiri tidak menyangka akan menerima komen sebegitu, I make it certain by asking my hubby was I really looked that fat during preggy?..Hubby said, “Memang gemuk giler!!!” tsk…sad~

But now I can smile and be happy of my progress. Syukran is to Allah for blessing me with a smooth sailing of healing process. Alhamdulillah..

Owh, Kyle needs his mom now.(he is crying for milk). Time to breast feed!! Shall I go now? Meet again in my next writing loaded with Malay confinements tips genuinely Nowena’s Tra-mod style. Banyak tips berpantang yang saya ingin kongsi!..Wah..Enjoy berkongsi!!

Note: *Tra-Mod >>Tradition & Modern

Monday 30 July 2012

ModernLassEcstasy All About


Salam readers;

Ramadan Kareem!! Salam Ukhuwah!! Salam Menulis!! Dan Salam Membaca buat jelitawans pembaca. ModernLassEcstasy (MoLEc pronounced as  Moe-Lek  or molek @ makna lainnya…cantik) would like to greet you 'hello' for this very first blog post. H-E-L-L-O!!

MoLEc will be a personal blog of my life itinerary, as well as knowledge sharing on spanking beauty items consumed @ used by me, the author. I love beauty things and things that can make me >>>> beautiful …^_^. So from this knowledge sharing, I hope all jelitawans can be inspired on beauty stuff dan merasa teruja untuk menjaga penampilan diri walaupun sudah bergelar ibu.

Perkara ‘cantik’ tidak harus hanya untuk si perawan. Seorang ibu juga boleh tampil anggun, gojes (*gorgeous) dan the bomb!! Kadangkala ada ibu beranak 5 yang masih hot seperti anak dara…lebih hebat penampilan anggunnya dari anak dara sunti!!Tips2 kecantikan yang akan saya kongsikan bukan sahaja petua2 lama yang memang saya amalkan, tetapi sesuai dengan gaya hidup kala ini. Saya suka untuk menggabungkan idea tradisional dan moden compliments by scientific knowledge dan pengetahuan nenek moyang zaman dahulu kala untuk tampil gojes..^_^ Sesuai dengan url saya, ModernLassEcstacy!

“Alah…macam lah penulis blog ini cantik sangat?”…jawapannya, saya tidak tayang muka…kecantikan adalah subjektif. Kadangkala ada orang kelihatan cantik kerana kelembutannya, ada yang cantik kerana kesopanannya, ada yang cantik kerana kebijaksanaannya.. Ada yang cantik segala2nya…body, wajah, tutur kata…*beruntung*…..subjektif!!

Tetapi pada kebanyakan waktu, the signature of beauty is coming from the figure that you carry!. Dari jauh orang akan melihat diri anda dari ilustrasi tubuh…Tidak pernah mengenali, tetapi orang mengiyakan dalam hati..”cantik wanita ini”. Setelah mengenali anda, lebih2 lagi orang akan berkata “ Iya memang dia cantik luar dan dalam”. Walaupun anda geleng kepala depan PC, saya tahu dalam hati anda iyakan kata2 saya ini…

Jadi mari follow saya untuk mendapatkan semua perkara subjektif tentang the word ‘cantik’..^_^. Saya cantik atau tidak adalah tidak penting kerana jelitawan semua juga mahu menjadi dan kelihatan cantik. Jika berpeluang berjumpa, mari kita amaze each other….(Confident statement tu!!)

Sesiapa suka cantik, ikuti blog ini, And believe me, you will not be sorry.

Modern: Moden
Lass: Perempuan
Ecstasy: Kegembiraan

MoLEc is all about Kegembiraan..Keghairahan wanita moden zaman ini… ^_^

Note: Saya tidak jual pil Ecstasy di blog ini…Ecstasy di sini sinonim lainnya ialah happiness, delightful, bliss dan sewaktu dengannya okey!!


Your's Truly;
Nowena